Tuesday, December 8, 2009

Thursday, October 29, 2009

The War of Examination



Final exam dtg lagi..

Good luck pada diri aku & pada semua yg turut ambil peperiksaan (apa2 exam pun xpe)..

Study rajin2..JANGAN malas2 @ b'tangguh2 nk study..

Smoga kita semua dpt result yg baik2..amiin..

بالتوفيق والنجاح=)

Sunday, October 25, 2009

Slmt pengantin baru..

Gombak, 24/10/09- Lbh kurg pkul 10 pagi hari sabtu yg lalu kami berempat mula b'tolak dr UIA..ada k.una,khodij & t'masuk drebar kami azali..kami singgah di perhentian Rawang utk jmpa along..kemudian kami bergerak b'sama ke kenduri perkahwinan sahabat kami, Syahidatul Akmal b'sama suami Muhammad Mujahid di Grik..
Along singgah di Ipoh utk ambik aisyah sod & wani kemudian syarifah di kuala..kami pulak terus masuk kuala amik ansori..lalu lenggong amik zaihan plak..itulah kami semua yg ada utk mewakili shbt2 yg lain utk memenuhi undangan walimah..
Lbh kurg pkul 3.30 kami tiba ke destinasi (nsb baik sempat,pkul 4 dh nk bkak khemah dh..) lama sgt x jmpa, kami lepaskan rindu dlu pd pengantin..pastu bru mkn2..
Dah kenyang, kami b'bual2 dgn k.syida..pastu tgkap gambar ramai2..sori x dpt nk upload gmbr skali kt sini sbb gmbr byk kt diorg..lps tgkp gmbr dgn pengantin, kami b'gambar dgn bakal ibu, syarifah hanis.lg byk tgkp gmbr ngn dia dr pengantin.hehe..sempat lg minah ni nk ikut wlupun lg seminggu tarikh dijangka utk melahirkan..gabra aisyah tkut kena jadi bidan terjun..=p
Disebabkan pengantin sibuk melayan tetamu yg lain, kami pun mengundur diri..sblm balik dpt bunga telur 3 beg..siap x malu nk mintak lg sbb byk lebih.hihi..apala korg..pastu kitorg masing2 blk umah..habis daa...=)

Sunday, October 11, 2009

First Aider?

Mampukah aku m'jadi seorang first aider yg baik?
smlm untuk pertama kalinya aku melalui ujian praktikal sbg first aider @ penyelamat kecemasan..
salah seorang kawanku terpaksa b'lakon m'jadi mangsa keadaan..
smbil aku merawat luka kt dahi,
balut kaki yg luka parah,
m'gantung bandage kt tgn yg patah,
ikat kaki yg patah,
tangan aku sejuk n t'ketar2...
mcmna la klu aku bhadapn dgn situasi yg sebenar..
selamat ke mgsa tu nnti?
huhu...x tau la...

Tuesday, September 29, 2009

suka duka raya '09

1 Syawal dh lbh seminggu b'lalu..dan sekarang bermula la misi menyiapkan segala kerja yg blum siap..assignment+presentation+midterm/test..hampir kesemuanya nk disiapkan dlm masa t'dekat...tertekan......huhu
Tu la, raya sakan sgt. buku2 hanya dibawa balik kampung ttpi tidak ditelaah. 2 minggu berada di rumah tetapi yg di'study' skit je..busy sgt ke? busy la jugak dgn tlg mak buat kuih raya utk tempahan sedara-mara..pastu bila tiba hari raya, kami sekeluarga balik kmpg opah & atuk..bila balik rumah, buat rumah terbuka utk saudara mara dr kmpg sblh mak & abah plak..pnat layan kerenah sepupu sepapat aku tu..dan hari2 berikutnya aku sibuk memenuhi undangan rumah terbuka & beraya dgn kwn2 sekolah dlu..best..
Disebabkan t'lalu sakan sgt beraya, aku balik campus d kL pd hari Isnin sehari lewat dari tarikh yg sepatutnya. kenapa? haha aku t'lepas bas..aku igt bas aku pkul 2.30 ptg ttpi sbnrnya pkul 11.30 pagi..klu sedar awal pg xpe, tp bru sedar tepat jam 11.30..nk pg bus stand mmg dh x sempat..abis kena bebel dgn mak abah..x pnah aku buat hal mcm tu.hehe..adik aku yg turut ikut blk kL sama dgn aku t'paksa jgk ponteng hari isnin kelmarin..hehe jgn marah2 lagi ye besday girl..hepy besday..sweet 18th=)
Hmm xde masa lg utk b'tangguh..nak siapkan kerja...tata..

Wednesday, September 9, 2009

pentingkah minat dlm sesuatu bidang yg diceburi?

Isu ini bukan lagi satu isu yg kecil. Malah, ia merupakan satu masalah yg semakin byk dihadapi oleh sesetengah pelajar. Isu ini turut m'jadi masalah kpd salah seorang teman baikku. Sejak tamat peperiksaan SPM, dia hanya menurut kehendak ibubapanya yg mahukannya mengikuti kursus perubatan sedangkan hatinya lebih terarah utk memilih bidang undang2 atau perniagaan. Walaupun p'capaian akademik & kokurikulum memenuhi syarat kemasukan tetapi bidang yg dipilih itu tidak tepat dgn personaliti, minat, nilai dan potensi sebenarnya. Akibat t'lalu byk m'buat p'tukaran kursus, sudah 2 tahun dia tidak menemui jalan penyelesaian.

Baru2 ini, segala p'siapan utk mengikuti bidang perubatan telah disediakan. sungguh meninggi harapan ibubapa kepadanya. Dirinya serba salah untuk menolak. Setiap hari dia b'doa supaya dipermudahkan segala urusan. Akhirnya, berkat solat istikharah yg diamalkan, dia tekad untuk menolak tawaran t'sebut wlupun tempoh penerbangan ke luar negara hanya tinggal seminggu sahaja lg. Aku menyokong tindakannya kerana aku risau jika dia meneruskan bidang perubatan tersebut akan menyebabkan tekanan padanya seterusnya m'beri kesan buruk kpd kerjaya, kesejahteraan diri dan keluarga pd masa akan dtg.

Walauapapun, semoga pilihannya kali ini akan menemukan jalan yg dicari selama ini..dan dpt buktikan pada keluarga bhwa dia juga boleh b'jaya dlm bidang yg diminati..

balik kpg..oOoOhH blk kpg..

Dah lama rasanya x update blog ni..terlalu sibuk dgn midterm exam ditambah pula dgn assignment yg menimbun..presentation pun akan bermula slps cuti raya nnti..kalau bleh nk siapkan semuanya cpat2 sbb aku x nak bwk blk keje kt rumah. rumah adalah tmpt khas utk berehat dgn keluarga t'cinta sahaja..=)

Lusa iaitu hari sabtu aku akan pulang ke kampung halaman di Salak, Kuala Kangsar. alangkah rindunya nak blk kpg stelah sebulan x blk.(lama ke? mcmna dgn mereka yg study jauh2 smpi oversea.nk blk malaysia pun ssh..kira aku ni masih b'tuah la..hehe b'sabarlah wahai sahabat2ku d sana..)

Aku dapat m'jangkakan kesibukan aku apabila tiba d rumah nnti. seperti biasa seminggu sblm raya kami sekeluarga akan b'gotong-royong mengemas rumah. m'buat kuih raya juga akan menjadi agenda utama kami 2 mggu sblm raya. alhamdulillah, disebabkan kami rajin buat kuih raya sendiri setiap tahun, jiran2, sanak saudara serta kwn2 aku pun ada yg berminat menempah kuih raya kt kami..secara tak langsung ibuku telah menerajui satu bidang bisnes secara kecil-kecilan. aku la yg m'jadi assistant yg t'baik saat itu..huhu=p

p/s: buat kwn2 & adikku yg pulang 2 hari sblm raya, byk2 la b'sabar ye.. biar dpt cuti dlu bru bleh fikir raya..hehe

Friday, August 28, 2009

JANGAN!!

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka.. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya..
Wassalam

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71)

Thursday, August 20, 2009

Marhaban Ya Ramadhan!!

Bulan Ramadhan akan menjelma 2 hari sahaja lagi. Bagi menyambut kedatangan bulan yg penuh dgn keberkatan ini, pihak pengurusan masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIAM telah mengadakan sambutan dgn mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai terutamanya kepada staff & para pelajar. Beberapa buah khemah & periuk2 yg besar sudah sedia b’baris di perkarangan masjid sejak awal pagi lg. Melihat mereka yg bekerjasama utk menyediakan bubur lambuk itu menyebabkan aku terasa ingin turut menyertainya. Jika aku berada di kampung, memasak secara bergotong-royong sangat meriah. Tidak terasa kepenatannya.


Disebabkan kuliah belum tamat, aku hanya memerhati mereka memasak dari jauh. Di dalam hati, aku b’harap supaya rezeki ku ada pada kali ini bagi merasa bubur lambuk itu. Ini kerana aku kurang b’nasib baik pd tahun2 yg lepas disebabkan t’lambat dan sudah habis ‘dikebas’ orang lain.


Dan sebaik kuliah tamat tepat pukul 1 tghri aku b’sama rakan2 menuju ke arah masjid. Alhamdulillah, doaku dimakbulkan. Bubur lambuk ‘free’ m’jadi rezki kami tengahari ini. Sedap…


Semoga Ramadhan kali ini memberi peluang utk kita memperbaiki diri menjadi yg lebih baik dari tahun sebelumnya. Rebutlah peluang yg bakal tiba ini seolah-olah ia Ramadhan terakhir kita akan bertemu dgnnya kerana kita tidak pasti samada kita masih b’peluang b’jumpa dgnnya lagi atau tidak pada tahun akan dtg. Dan lipat-gandakanlah amal dan ibadah kita dlm bulan yg penuh dengan sejuta rahmat dan pengampunan ini, semoga kita semua t’golong dlm kalangan mereka yg beruntung. Amiin…

~WaNiTa~

"Wanita: kerana dirimu begitu berharga."

Itulah tajuk forum yg aku hadiri beberapa hari lalu. Seakan-akan menyerupai iklan produk kecantikan Loreal, namun aku mendapat banyak manfaat dr forum tersebut yg disampaikan oleh ahli2 panel yg tidak cukup asing lagi iaitu Ustaz Halim Din (pendakwah), Puan Rosmawati Zainal (pengasas rumah Raudhatus Sakinah) dan Bro Saiful Redza Mohamed (kaunselor UIAM).
Byk perkara yg diketengahkan termasuklah martabat wanita, hak2 wanita, tggjwb wanita sbg seorang pelajar, anak, isteri, ibu, dan yg paling penting sbg seorang muslimah. Alangkah bagusnya jika diri ini dpt b'temu dgn tokoh2 wanita penghuni syurga seperti Khadijah binti Khuwailid, Fatimah az-Zahra', Maryam, Asiah dll...jasa dan pengorbanan mereka dlm mengabdikan diri t'hadap agama sgt mengagumkan. Dan merekalah sebaik-baik contoh dan idola bg wanita2 pada hari ini.

Tanpa wanita, kosonglah hidup lelaki. Sebagaimana kosongnya hidup Nabi Adam a.s. walaupun hidup dengan penuh kemewahan syurga. Maka sbb itulah Siti Hawa diciptakan dari tulang rusuk kiri Nabi Adam a.s. sebagai pelengkap hidupnya. Tanpa permaisuri tiadalah seseorang yg bergelar raja. Tanpa isteri tiadalah yg bernama suami dan ayah.

Wanita adalah tamsilan kepada keindahan. Namun wanita juga merupakan tamsilan kepada kerosakan. Kita perlu ingat, kerana wanita lelaki akan mudah masuk syurga. Tetapi kerana wanita juga lelaki lebih mudah dilemparkan ke neraka. Semuanya bergantung kepada tanggungjawab dan agama masing2. Byk juga kisah yg diceritakan oleh para ahli panel ttg anak gadis dan wanita yg byk t'jerumus dgn jenayah dan maksiat skrg ini. Ia sgt menginsafkan diriku. Semoga Allah SWT memelihara imanku dan melindungiku drpd t'golong dlm kalangan mereka.amiin...

Allah s.w.t. telah m'janjikan wanita yg baik kepada lelaki yg baik. Dan begitu juga sebaliknya. Apakah kita tergolong dlm kalangan mereka yg baik itu? fikir2kanlah...

"Wanita hiasan dunia. Seindah hiasan adalah wanita solehah."

Friday, August 14, 2009

ambil kesempatan..

Hari ni dan esok aku bertanggungjawab bersama2 dengan rakan2 yg lain dlm mengendalikan sebuah program "IT Workshop"..pukul 7.30 pagi aku sudah mula bergerak ke tempat program dijalankan bagi memastikan committee yg lain juga sudah bersiap-sedia sebelum program bermula. dan sudah semestinya ianya dijalankan di dalam makmal komputer. dan lebih2 lagi semua pc dilengkapi dengan sambungan internet. so, apa lagi. disebabkan beberapa pc di belakang tidak digunakan, aku mengambil peluang yg ada. sambil memantau para peserta dan keadaan sepanjang program, aku melayari internet. sesekali mataku memandang ke hadapan ke arah instructor yg sedang bercakap. sengaja mahu menunjukkan rasa berminat dan teruja dengan apa yg diperkatakan walaupun aku lebih seronok 'berlayar' dan membaca blog kwn2 aku di skrin komputer.huhu (tidak patut betul aku ni...)

Friday, July 31, 2009

wudhu' zahir & batin

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk..
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin. Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air". Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."
"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Untuk munafaat kita bersama, Tolong sampaikan tazkirah ini kepada sahabat2. Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.=)

Tag from Una


a) Copy badge "Vespa Blogger Award Friendship" di atas untuk diletakkan di dalam blog anda.
# Ok. dah..

b) Ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
# Namanya Husna binti Ahmad Nasaruddin a.k.a. kak una a.k.a. 2pupu saya..seorang yg baik,cukup sifat tapi 'wangi' sikit sebab semalam pergi 'Humanitarian Walk' dia x mandi..=P (habislah kena marah lps ni..) hehee

c) Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri.

5 fakta tentang diri saya:
# perempuan sejati=)
# suka berangan drpd study..huhu
# suka nangis bila kena marah
# tak suka menunggu dan ditunggu
# sentiasa mahu memperbaiki diri m'jadi yg lebih baik.(boleh ke?insyaAllah..)

5 hobi saya:
# tidur kalau mengantuk/malas/tensen.
# mengemas apa2 je yg bleh dikemas
# surf internet/baca blog orang lain tp jrg2 je update blog sendiri.hehe
# pagi2 lps subuh suka bukak radio dgr chit-chat diorang
# asyik2 makan sbb klu x makan nnti kebulur plak

hehe=)

Sunday, July 19, 2009

minggu pertama

Semester baru sudah seminggu berlalu..tiada apa yg menarik berlaku melainkan kelihatan pelajar2 baru sibuk ke hulu ke hilir masih tercari2 kelas masing2..aku juga mula menyesuaikan diri dgn jadual baru yg sentiasa bertukar setiap semester..
Masa inilah kedai fotostat dan kedai2 buku dikunjungi ramai..masing2 ingin mencari nota dan buku baru. Jadual kuliah yg aku susun sem ni sibuk dari hari isnin hingga sabtu..sudah lama aku tiada kuliah hari sabtu.tetapi memandangkan klas yg aku pilih sudah penuh,aku terpaksa memilih klas yg masih kosong.dan hanya tinggal hari sabtu..hmm xpela.bagus juga..xda la sibuk sgt hari2 yg lain..
Dalam kesibukan para pelajar memulakan sem baru, satu kehilangan telah berlaku..al-fatihah buat sahabatku Siti Hajar Shafie yg baru kembali ke rahmatullah pada hari rabu yg lalu..seorang hafizah yg amat disegani oleh ku sebagai teman sebiliknya semasa kami menuntut di matrik uia beberapa tahun yg lalu..berakhir sudah deritamu menanggung penyakit yg tidak disangka2 menyebabkan ajalmu..dan kuyakin tempatmu hanya di syurga..ameen..hanya doa mampu kukirimkan buatmu..kenangan bersamamu akanku simpan dalam memori sampai bila2..
Emm baru seminggu berada di kampus, aku sudah merasa homesick..oh tidak..huhu mgkin masih teringat musim buah di kmpung..x apala..cukuplah utk tahun ni..insyaAllah bertemu lagi tahun depan.lgpun tepi jalan pun banyak jual..bila2 bleh beli..(sedapkan hati..)

Friday, July 10, 2009

yummy..

nyum..nyum..alangkah nikmatnya makan buah durian ni..xde buah lain yg lg sdap dr raja buah ni bg aku..tp ade ke ptut org luar terutamanya org barat pggil buah ni 'smelly fruit'..mmg x patut..rugi btul bg korang yg x minat buah tempatan ni..
alhamdulillah, kat kmpg aku skrg ni tgh musim buah..bleh la aku mkn free puas2..ade durian,rambutan,manggis dll..rezki aku tu..
aku la tukang m'habiskan apa yg ada..kalo aku berada d rumah, opah aku akan call sruh blk kpg abiskan buah kt kpg..ade skali tu atok aku siap bkr lemang..mmg best..sdara2 pun rmai blk..dah mcm hari raya+kenduri buah..aku kenyang dgn buah durian je..mmg ptut la aku d gelar 'hantu durian' oleh family aku..aku x peduli.janji aku bahagia..hehe
okla..aku nk kuar dh..ade kwn sedang menunggu..planning esok nk kuar dgn kwn2 plak nk d umah sharifah, kwn kitorang yg tgh sarat mengandung..dh lama x jmpa sjak die nikah aritu..teruja nk tgk saiz perut die skrg..huhu
Dah 2 mggu aku cuti, lusa aku akan blk ke kL..sem bru dah b'mula..p'juangan juga akan d truskan..smoga sumenye b'jalan lancar..

Thursday, June 18, 2009

final exam datang lagi..

Pagi ini aku bgun pkul 7 lbh..dah sejam alarm berbunyi tp x larat bangun.ni sume gara2 terlajak bersembang dan tgk movie dgn rumate2 smpai dkat kul 3 pg..kdg2 bleh tahan,tp slalunya kalo dah tido lmbt,mmg akn bgun lmbt gak..sudahnya subuh gajah la aku pg td..lps subuh slalunya aku study skit or kms2 bilik.tp aku nmpk tmpt beradu ku terasa amat indah.mata masih terasa berat.aku kalah.tido blk..
Pkul 8.26 aku tersedar..alamak! dah lmbat ni..aku ade klas pkul 9.biasanya time2 camtu aku dah ready dah nk kuar ke klas..lantas aku amik fon..kata2 "awk pg dlu.sy lmbt skit.." aku send kt kwn yg slalu pg same2 ke klas..dgn sepantas yg mgkin,aku mempersiapkan diri seadanya..
aku lewat ke klas,tp kebetulan lecturer aku lg lewat sampai.nsb baik..arini x belajar.lecturer cuma membincangkan jwpn midterm paper yg lalu dan bgtau carry mark.alhamdulillah..masih ada harapan dpt A kalo buat yg terbaik final exam nnti..
Kitorg kuar klas awal.aku & ujang sepakat nk cuci gambar kt kodak machine.gambar ktorg edit smpai puas ati pastu ktorg print sorg satu.hmm bleh tahan gak cntik.huhu xde keje pnya psl.klas 1 lg pun dh abis tp kena consult dgn lecturer tu sbb nk bncg mslh2 dlm subjek personally..
Aku dgn ujang naik ke bilik lecturer.tiba2 nmpak kwn/2pupu aku..una.die dh lmbai dr jauh.aku membalas.blum smpat aku smpai,lecturer aku terlebih dahulu memanggil..slain berbincang psl subjek,beliau turut memberi kata2 semangat untuk mnempuhi final exam next week..heh,semangat la skit..kuar je dr blik lec,una pun masih ada kt luar.die msih mnunggu nk consult dgn lecturer die.kami cuma sharing2 apa yg patut.maklumla,wlupun 1 campus,kalo buat appointment atau kebetulan je bleh jmpe..
Agenda seterusnya ujang ajak aku pg comp lab..aku pun ikut je.short sem ni lum pnah msuk itd lab lg.dan aku on9 ape yg ptut..dan xlama pastu nmpak una lg..die msuk lab gak..ish minah ni dh jmpe skali,dpt jmpe berkali2 plak..hehe pastu balik hostel..
Itula hari terakhir aku b4 final exam ni..hari2 akan dtg ni aku nk tumpu study jer(btul ke ni?)..hehe smoga sem ni dpt score apa yg aku target..yg penting kena usaha,bru dpt.."man jadda wajada"..aminn..

Saturday, June 13, 2009

Hidup adalah anugerah...

Hari ini sebelum kamu berfikir untuk mengucapkan kata-kata kasar -Ingatlah akan seseorang yang tidak bisa berbicara.
Sebelum kamu mengeluh mengenai cita rasa makananmu -Ingatlah akan seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau isterimu -Ingatlah akan seseorang yang menangis kepada Allah meminta pasangan hidup.
Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu -Ingatlah akan seseorang yang begitu cepat pergi ke syurga.
Sebelum kamu mengeluh tentang anak-anakmu -Ingatlah akan seseorang yang begitu mengharapkan kehadiran seorang anak, tetapi tidak mendapatnya.
Sebelum kamu bertengkar kerana rumahmu yang kotor, dan tidak ada sesiapa yang mahu membersihkan atau menyapu lantai -Ingatlah akan orang gelandangan yang tinggal di jalanan.
Sebelum merengek kerana harus bermusafir terlalu jauh -Ingatlah akan seseorang yang harus berjalan kaki untuk menempuh jarak yang sama.
Dan ketika kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu -Ingatlah akan para penganggur, orang cacat dan mereka yang menginginkan pekerjaanmu.
Sebelum kamu menuding atau menyalahkan orang lain -Ingatlah bahwa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa dan kita harus menghadap pengadilan Allah.
Dan ketika beban hidup tampaknya akan menjatuhkanmu -Pasanglah senyuman di wajahmu dan berterima kasihlah pada Allah kerana kamu masih hidup dan ada di dunia ini.

Hidup adalah anugerah, jalanilah, nikmatilah, rayakan dan isilah ia.

NIKMATILAH SETIAP SAAT DALAM HIDUPMU, KERANA MUNGKIN IA TIDAK AKAN BERULANG LAGI!

Wednesday, June 3, 2009

Senyum=)




Senyum seindah suria..
Yg membawa cahye..
Senyum lar dr hati..
Duniamu berseri..

Senyum umpama impian..
Dalam kehidupan..
Ko tersenyum..aku pon tersenyum..
Kemesraan menguntum..

Senyum kepada sumer..
Senyuman ko amatlah bermakna..
Senyum membahagiakan kehidupan..
Dengan SENYUMAN terjalin lar ikatan.....
__________________________________________________
Senyumlah kerana dalam kehidupan ini penawar kedukaan adalah senyum..tahukah anda semasa senyum kite hnya m'gunakan hanya 14 otot berbanding memasamkan muka yg memerlukan 72 otot..so,xyah la susah2kn otot kite.senyum lar..
lecturer aku dlm klas pun ada ckp, baca al-Quran ni awet muda..sbb kebanyakan huruf2 al-Quran adalah huruf senyum..=)

p/s: sebelum tido tu kalo bleh maafkan semua orang, doa utk kebaikan, senyum & tido..huhu

Thursday, May 28, 2009

jgn study last mnit..

25 Mei, seawal 7 pagi aku dah kluar dan tunggu bas utk ke stesen lrt gombak..planning aku hari tu nk ke UM sbb nk ikut mak abah aku daftar kemasukan adik aku kt pusat asasi sains kt sana..aku jrg naik train pd hari2 bekerja pg2 mcm tu.kali tu bru aku nmpk betapa ramainya manusia berasak2 untk mnuju ke tmpt keje msg2 demi mengelakkan kesesakan jlnraya kalo bwk kenderaan sndri..same la wktu ptg ble time abis keje gak.aku yg pnat tgk diorg ni..heh

Lbh kurg pkul 8.30, aku smpai ke stesen lrt universiti.pastu aku naik bas ke UM.aku xtau kemana aku nk tuju tp baik aku tggu dlm UM tu siap2 sbb kalo nk sruh abah amik kt stesen lrt,comfirm xjmpa.bkn die tau pun jln kt kL ni..dtg ke UM tu pun sbb spupu aku ikut dr perak sbb nk tunjuk jln..dan kebetulan xlama lps aku smpai, mak abah aku pun smpai..kt sana,aku tlg gak uruskan mna yg patut.dr urusan pndaftaran,asrama & taklimat,lbh kurg pkul 5 ptg bru selesai..dlm hati nk blk,nk sruh abah trunkn kt stesen lrt je.xpayah la diorg anta smpai gombak sbb diorg xtau jln..tp ble pusing je roundabout luar UM tu, abah aku ikut jln lain plak.pastu kitorg same2 hilang arah.sampai terlajak ke shah alam, dan msuk highway.mak aku plak suh ikut blk perak je trus..kalo hari cuti xpela gak.dah la esoknya ade kuliah.hari kmis plak ade kuiz & midterm exam.study xabis lg..tp d sebabkan mak abah aku yg slalu gelabah ble msuk jln kL ni, aku pun senyap je la..terpaksa gak ikut..

2 hari kt umah,smlm aku dtg smula ke kL.kelam kbut bru nk study.huhu..dan harini,kuiz yg aku buat kacang je.tp yg midterm subjek lain plak xleh jwb.itulah padahnya study last mnit.huhu

Saturday, May 16, 2009

Terima kasih cikgu..


Selamat Hari Guru di ucapkan kpd semua guru di dunia ini secara langsung @ x langsung yg telah byk menyumbang ilmu demi mendidik anak bangsa terutamanya kpd guru2 di:
  • Pasti An-Nuriah, Melaka
  • Sek. Keb. Sungai Udang, Melaka
  • SMK (A) Tun Perak, Jasin, Melaka
  • Madrasah Idrisiah, K. Kangsar, Perak
  • Matrikulasi UIA, Petaling Jaya
  • Main Campus UIA, Gombak
  • dan xlupa juga kpd guru memandu kereta/motor, kelas komputer & mak abah yg turut sentiasa mendidik diri ini m'jadi org yg b'guna...

Maafkan juga segala kekhilafan diri ini jika ada yg m'guris rasa..ku sedar teguranmu hanya utk mengubah kami m'jadi yg lebih baik..jasamu tidak ternilai dan akanku kenang smpai bila2...

*teringat zaman sekolah kena cubit,tarik telinga n rotan smpai berbekas tanda biru kt tapak tgn ni..huhu=P

Sunday, May 10, 2009

Luv U always..EMAK

Hari ni merupakan hari yg sgt istimewa..
Hari Ibu sedunia..
Sbgai tanda penghargaan, aku nk coretkan jgk sdkit sbyk tnda terima kasih kt Mak aku, Jama'ayah binti Hj Ahmad..

Mak, seorang insan yg telah bertarung nyawa masa nk lahirkan aku n adik2 ke dunia ni..yg tabah mdidik aku smpai aku jd diri aku sekarang ni..yg x serik mengajar aku mengenali kehidupan ini..dan semuanya..kalo diikutkan, jasamu terlalu byk, tidak akan cukup mana2 ruang jika aku senaraikannya..

Kaklong(nma pggilan aku kt umah coz aku ank sulung) syg sgt mak, hari2 kaklong akan tetap syg mak!

Bile igt mak,kaklong slalu igt satu lagu..dan lagu ni kaklong tujukan khas utk Mak yg kaklong, adik2 & Abah sanjungi..

Untukmu_Ibu_:_Aeman -Klik utk dengar

Ibu..
Bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat ku balasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu
Ibu
Kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagai kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana...
Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu..dengarlah rintih hatiku untukmu Ibu
p/s: ble dgr lagu ni air mata aku otomatik akn mengalir..sebak sgt..t'kenang sume jasa n pengorbanan Mak demi menjalankan tggjwb yg x pernah diabaikan..thanks 4 everything Mak..I luv u so much!!

Tuesday, April 21, 2009

rezeki jgn ditolak

Hari Jumaat ni aku akan blk kuale kangsar..kebetulan kwn2 aku nk ke penang.diorang ajak tumpang skali.siap nk anta smpai umah lg.leh knal2 ngn parents aku..bagusnye saat ni..oh rumahku syurgaku...aku amat2 merinduimu..huhu

Dah 2 mggu aku abis exam tp x blk lg sebab ade urusan penting yg perlu aku selesaikan segera kt kL ni..dan sekarang tibalah saat2 yg ku nantikan..hehe
pnat btul b'kemas nk kosongkan bilik hostel.sume brg kena simpan dlm stor.nk ulang alik angkut beg2 n kotak2 yg besar bukan lah sesuatu yg mnyeronokkan..sakit bdn aku ni d buatnye..kebetulan roommate aku plak mrupakan final year student.bile bkemas tu phm2 la..byk brg yg dibuang je..yg elok2 sume die bg kt aku..

"ain,amik la iron board ni. elok lg.."
"eh akak xnak guna dah ke?"
"xpelah, amik je. akak dah xdtg uia ni dah kot.mls nk angkut balik trgganu."
"oh ye.time kasih.."

dan beberapa minit kemudian...
"ain, nah kotak2 buku ni. leh simpan pape yg patut. ni tmpt simpan fail pun ade.."
"hehe lps ni akak mmg xnak pgg bku dah eh? habis sume akak bg ain.."
"tu la.dah pnat study je..pasni nk relax2 dlu b4 dpt keje."
"jelesnye ain..ain lmbt lg nk abis.."
"hmm xpe.sekejap je study ni sbnrnye. eh ain amik la skali note book ni. syg la nk buang.."
"laa..cantik je bku ni..xnk dah? ok ain amik..tengkiu..hehe"

dan selang beberapa minit lagi...
"em ain, akak punye karpet ni ain amik tau."
"karpet pon nk bg?"
"alah amik je la..kalo xnak, buangkan la. akak syg nk buang.."
"yelah2, ain amik..bnda cantik lg watpe nk buang.hehe terime ksh.."

huh last2 brg2 aku scare otomatik dh jd 2x ganda bnyaknye..xpe2,rezki aku kot..bukak sem baru nnti xyah la aku bli brg2 n karpet mcm yg aku dah plan sblm ni. save skit..hehe org dah bg, kna la amik. rezki jgn d tolak..

Monday, April 13, 2009

abis dah final exam..

Alhamdulillah..finally, abis gak final exam aku smlm..
dlu aku membebel sbb final exam start awal dr org lain..skang rase hepy lak coz mase diorg bru mula nk exam,aku dah abis dah..fuhh..lega sgt..dah la yg last2 tu 3 paper straight..nak pecah kpale aku dibuatnye..dan skrg,izinkan aku untuk terbang bebas ke mana aku suka..huhu=p
Ok la, buat korg yg blum abis exam final ni, study la rerajin yer..truskan pjuangan korang d medan exam ni..do your best! Go Go Chaiyok!

Thursday, April 9, 2009

Layan...

Kelmarin aku baru khatam tgk citer "1 litre of tears"..
aduss...citer ni mmg sedih sgt..bg aku,bkn 1 litre, tp berlitre2 dah air mate aku kuar..org exam study,tp aku layan citer ni plak..sampai bengkak2 mate aku dibuatnye..kotak tisu aku pun dah hampir kosong dah..huhu tambah2 tgk citer ni sorg2, lg la aku layan blues..tp tgh sedap2 layan citer tu roomate aku masuk bilik aku plak.kantoi...huhu zaihan,sorila tgk muke aku time tu mcm ntah ape2 jer..hehe kbetulan arini besday die.so, hepy besday yg ke-22 yer..xlupa gak kt ika yg sambut besday arini gak.zaihan n ika ni merangkap schoolmate aku dlu..hope korg hepy slalu dan murah rezki..
d moral story yg aku dpt dr citer ni mmg sgt menginsafkan aku..dlm kite tgh suka2,masih ramai org yg tgh berduka..bkn sume org bernasib baik mcm kite..dan kite xtau mgkin satu hari nnti kite juga akan menerima nasib yg same..kite xdapat meramal tarikh kita akan meninggalkan dunia ni..dan kite juga xleh nak mengubah takdir yg telah sedia ditetapkanNya sampai ke akhir hayat kite nnti..
So,kt sni aku nak mengingatkan diri sendiri dan korg gak.marila kite beramal dan kumpul pahala banyak2 b4 kite dijemput ke alam yg abadi..ingatlah, dunia ini hanya pinjaman, akhirat juga tempat yg abadi..dan smoga kita sume dapat wat reunioun kt syurga Allah yg indah nnti...ameen..

Wednesday, April 8, 2009

-Pilihan yg Betul-

Bukan senang mendapat peluang yang bagus, tetapi kita perlu membuat pilihan yg betul..berilah komitmen dalam apa jua pilihan yg kita buat dalam kehidupan ini..dan yg paling penting pastikan matlamat kita seiring dengan kehendak syariat Islam..supaya hasil yg kita perolehi nanti sentiasa dlm berkah Ilahi..
*Usaha+doa+tawakkal=kejayaan dunia akhirat.

Gemuruh Jiwa

Komposer & Penyanyi : Ain(",)
Penyanyi asal : Faizal Tahir
Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti

Ulang :
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa