Wednesday, September 9, 2009

pentingkah minat dlm sesuatu bidang yg diceburi?

Isu ini bukan lagi satu isu yg kecil. Malah, ia merupakan satu masalah yg semakin byk dihadapi oleh sesetengah pelajar. Isu ini turut m'jadi masalah kpd salah seorang teman baikku. Sejak tamat peperiksaan SPM, dia hanya menurut kehendak ibubapanya yg mahukannya mengikuti kursus perubatan sedangkan hatinya lebih terarah utk memilih bidang undang2 atau perniagaan. Walaupun p'capaian akademik & kokurikulum memenuhi syarat kemasukan tetapi bidang yg dipilih itu tidak tepat dgn personaliti, minat, nilai dan potensi sebenarnya. Akibat t'lalu byk m'buat p'tukaran kursus, sudah 2 tahun dia tidak menemui jalan penyelesaian.

Baru2 ini, segala p'siapan utk mengikuti bidang perubatan telah disediakan. sungguh meninggi harapan ibubapa kepadanya. Dirinya serba salah untuk menolak. Setiap hari dia b'doa supaya dipermudahkan segala urusan. Akhirnya, berkat solat istikharah yg diamalkan, dia tekad untuk menolak tawaran t'sebut wlupun tempoh penerbangan ke luar negara hanya tinggal seminggu sahaja lg. Aku menyokong tindakannya kerana aku risau jika dia meneruskan bidang perubatan tersebut akan menyebabkan tekanan padanya seterusnya m'beri kesan buruk kpd kerjaya, kesejahteraan diri dan keluarga pd masa akan dtg.

Walauapapun, semoga pilihannya kali ini akan menemukan jalan yg dicari selama ini..dan dpt buktikan pada keluarga bhwa dia juga boleh b'jaya dlm bidang yg diminati..

No comments: