"Wanita: kerana dirimu begitu berharga."
Itulah tajuk forum yg aku hadiri beberapa hari lalu. Seakan-akan menyerupai iklan produk kecantikan Loreal, namun aku mendapat banyak manfaat dr forum tersebut yg disampaikan oleh ahli2 panel yg tidak cukup asing lagi iaitu Ustaz Halim Din (pendakwah), Puan Rosmawati Zainal (pengasas rumah Raudhatus Sakinah) dan Bro Saiful Redza Mohamed (kaunselor UIAM).
Byk perkara yg diketengahkan termasuklah martabat wanita, hak2 wanita, tggjwb wanita sbg seorang pelajar, anak, isteri, ibu, dan yg paling penting sbg seorang muslimah. Alangkah bagusnya jika diri ini dpt b'temu dgn tokoh2 wanita penghuni syurga seperti Khadijah binti Khuwailid, Fatimah az-Zahra', Maryam, Asiah dll...jasa dan pengorbanan mereka dlm mengabdikan diri t'hadap agama sgt mengagumkan. Dan merekalah sebaik-baik contoh dan idola bg wanita2 pada hari ini.
Tanpa wanita, kosonglah hidup lelaki. Sebagaimana kosongnya hidup Nabi Adam a.s. walaupun hidup dengan penuh kemewahan syurga. Maka sbb itulah Siti Hawa diciptakan dari tulang rusuk kiri Nabi Adam a.s. sebagai pelengkap hidupnya. Tanpa permaisuri tiadalah seseorang yg bergelar raja. Tanpa isteri tiadalah yg bernama suami dan ayah.
Wanita adalah tamsilan kepada keindahan. Namun wanita juga merupakan tamsilan kepada kerosakan. Kita perlu ingat, kerana wanita lelaki akan mudah masuk syurga. Tetapi kerana wanita juga lelaki lebih mudah dilemparkan ke neraka. Semuanya bergantung kepada tanggungjawab dan agama masing2. Byk juga kisah yg diceritakan oleh para ahli panel ttg anak gadis dan wanita yg byk t'jerumus dgn jenayah dan maksiat skrg ini. Ia sgt menginsafkan diriku. Semoga Allah SWT memelihara imanku dan melindungiku drpd t'golong dlm kalangan mereka.amiin...
Allah s.w.t. telah m'janjikan wanita yg baik kepada lelaki yg baik. Dan begitu juga sebaliknya. Apakah kita tergolong dlm kalangan mereka yg baik itu? fikir2kanlah...
"Wanita hiasan dunia. Seindah hiasan adalah wanita solehah."
Thursday, August 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment