Friday, July 31, 2009

wudhu' zahir & batin

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk..
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin. Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air". Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."
"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Untuk munafaat kita bersama, Tolong sampaikan tazkirah ini kepada sahabat2. Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.=)

Tag from Una


a) Copy badge "Vespa Blogger Award Friendship" di atas untuk diletakkan di dalam blog anda.
# Ok. dah..

b) Ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
# Namanya Husna binti Ahmad Nasaruddin a.k.a. kak una a.k.a. 2pupu saya..seorang yg baik,cukup sifat tapi 'wangi' sikit sebab semalam pergi 'Humanitarian Walk' dia x mandi..=P (habislah kena marah lps ni..) hehee

c) Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri.

5 fakta tentang diri saya:
# perempuan sejati=)
# suka berangan drpd study..huhu
# suka nangis bila kena marah
# tak suka menunggu dan ditunggu
# sentiasa mahu memperbaiki diri m'jadi yg lebih baik.(boleh ke?insyaAllah..)

5 hobi saya:
# tidur kalau mengantuk/malas/tensen.
# mengemas apa2 je yg bleh dikemas
# surf internet/baca blog orang lain tp jrg2 je update blog sendiri.hehe
# pagi2 lps subuh suka bukak radio dgr chit-chat diorang
# asyik2 makan sbb klu x makan nnti kebulur plak

hehe=)

Sunday, July 19, 2009

minggu pertama

Semester baru sudah seminggu berlalu..tiada apa yg menarik berlaku melainkan kelihatan pelajar2 baru sibuk ke hulu ke hilir masih tercari2 kelas masing2..aku juga mula menyesuaikan diri dgn jadual baru yg sentiasa bertukar setiap semester..
Masa inilah kedai fotostat dan kedai2 buku dikunjungi ramai..masing2 ingin mencari nota dan buku baru. Jadual kuliah yg aku susun sem ni sibuk dari hari isnin hingga sabtu..sudah lama aku tiada kuliah hari sabtu.tetapi memandangkan klas yg aku pilih sudah penuh,aku terpaksa memilih klas yg masih kosong.dan hanya tinggal hari sabtu..hmm xpela.bagus juga..xda la sibuk sgt hari2 yg lain..
Dalam kesibukan para pelajar memulakan sem baru, satu kehilangan telah berlaku..al-fatihah buat sahabatku Siti Hajar Shafie yg baru kembali ke rahmatullah pada hari rabu yg lalu..seorang hafizah yg amat disegani oleh ku sebagai teman sebiliknya semasa kami menuntut di matrik uia beberapa tahun yg lalu..berakhir sudah deritamu menanggung penyakit yg tidak disangka2 menyebabkan ajalmu..dan kuyakin tempatmu hanya di syurga..ameen..hanya doa mampu kukirimkan buatmu..kenangan bersamamu akanku simpan dalam memori sampai bila2..
Emm baru seminggu berada di kampus, aku sudah merasa homesick..oh tidak..huhu mgkin masih teringat musim buah di kmpung..x apala..cukuplah utk tahun ni..insyaAllah bertemu lagi tahun depan.lgpun tepi jalan pun banyak jual..bila2 bleh beli..(sedapkan hati..)

Friday, July 10, 2009

yummy..

nyum..nyum..alangkah nikmatnya makan buah durian ni..xde buah lain yg lg sdap dr raja buah ni bg aku..tp ade ke ptut org luar terutamanya org barat pggil buah ni 'smelly fruit'..mmg x patut..rugi btul bg korang yg x minat buah tempatan ni..
alhamdulillah, kat kmpg aku skrg ni tgh musim buah..bleh la aku mkn free puas2..ade durian,rambutan,manggis dll..rezki aku tu..
aku la tukang m'habiskan apa yg ada..kalo aku berada d rumah, opah aku akan call sruh blk kpg abiskan buah kt kpg..ade skali tu atok aku siap bkr lemang..mmg best..sdara2 pun rmai blk..dah mcm hari raya+kenduri buah..aku kenyang dgn buah durian je..mmg ptut la aku d gelar 'hantu durian' oleh family aku..aku x peduli.janji aku bahagia..hehe
okla..aku nk kuar dh..ade kwn sedang menunggu..planning esok nk kuar dgn kwn2 plak nk d umah sharifah, kwn kitorang yg tgh sarat mengandung..dh lama x jmpa sjak die nikah aritu..teruja nk tgk saiz perut die skrg..huhu
Dah 2 mggu aku cuti, lusa aku akan blk ke kL..sem bru dah b'mula..p'juangan juga akan d truskan..smoga sumenye b'jalan lancar..