Friday, August 14, 2009
ambil kesempatan..
Hari ni dan esok aku bertanggungjawab bersama2 dengan rakan2 yg lain dlm mengendalikan sebuah program "IT Workshop"..pukul 7.30 pagi aku sudah mula bergerak ke tempat program dijalankan bagi memastikan committee yg lain juga sudah bersiap-sedia sebelum program bermula. dan sudah semestinya ianya dijalankan di dalam makmal komputer. dan lebih2 lagi semua pc dilengkapi dengan sambungan internet. so, apa lagi. disebabkan beberapa pc di belakang tidak digunakan, aku mengambil peluang yg ada. sambil memantau para peserta dan keadaan sepanjang program, aku melayari internet. sesekali mataku memandang ke hadapan ke arah instructor yg sedang bercakap. sengaja mahu menunjukkan rasa berminat dan teruja dengan apa yg diperkatakan walaupun aku lebih seronok 'berlayar' dan membaca blog kwn2 aku di skrin komputer.huhu (tidak patut betul aku ni...)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
memang tak patut.. kah kah kah..
Post a Comment