Bulan Ramadhan akan menjelma 2 hari sahaja lagi. Bagi menyambut kedatangan bulan yg penuh dgn keberkatan ini, pihak pengurusan masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIAM telah mengadakan sambutan dgn mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai terutamanya kepada staff & para pelajar. Beberapa buah khemah & periuk2 yg besar sudah sedia b’baris di perkarangan masjid sejak awal pagi lg. Melihat mereka yg bekerjasama utk menyediakan bubur lambuk itu menyebabkan aku terasa ingin turut menyertainya. Jika aku berada di kampung, memasak secara bergotong-royong sangat meriah. Tidak terasa kepenatannya.
Disebabkan kuliah belum tamat, aku hanya memerhati mereka memasak dari jauh. Di dalam hati, aku b’harap supaya rezeki ku ada pada kali ini bagi merasa bubur lambuk itu. Ini kerana aku kurang b’nasib baik pd tahun2 yg lepas disebabkan t’lambat dan sudah habis ‘dikebas’ orang lain.
Dan sebaik kuliah tamat tepat pukul 1 tghri aku b’sama rakan2 menuju ke arah masjid. Alhamdulillah, doaku dimakbulkan. Bubur lambuk ‘free’ m’jadi rezki kami tengahari ini. Sedap…
Semoga Ramadhan kali ini memberi peluang utk kita memperbaiki diri menjadi yg lebih baik dari tahun sebelumnya. Rebutlah peluang yg bakal tiba ini seolah-olah ia Ramadhan terakhir kita akan bertemu dgnnya kerana kita tidak pasti samada kita masih b’peluang b’jumpa dgnnya lagi atau tidak pada tahun akan dtg. Dan lipat-gandakanlah amal dan ibadah kita dlm bulan yg penuh dengan sejuta rahmat dan pengampunan ini, semoga kita semua t’golong dlm kalangan mereka yg beruntung. Amiin…
2 comments:
cantik gbr tuh..kih3
sedap lagi rasa bubur lambuk..hehe
Post a Comment