Wednesday, September 9, 2009

pentingkah minat dlm sesuatu bidang yg diceburi?

Isu ini bukan lagi satu isu yg kecil. Malah, ia merupakan satu masalah yg semakin byk dihadapi oleh sesetengah pelajar. Isu ini turut m'jadi masalah kpd salah seorang teman baikku. Sejak tamat peperiksaan SPM, dia hanya menurut kehendak ibubapanya yg mahukannya mengikuti kursus perubatan sedangkan hatinya lebih terarah utk memilih bidang undang2 atau perniagaan. Walaupun p'capaian akademik & kokurikulum memenuhi syarat kemasukan tetapi bidang yg dipilih itu tidak tepat dgn personaliti, minat, nilai dan potensi sebenarnya. Akibat t'lalu byk m'buat p'tukaran kursus, sudah 2 tahun dia tidak menemui jalan penyelesaian.

Baru2 ini, segala p'siapan utk mengikuti bidang perubatan telah disediakan. sungguh meninggi harapan ibubapa kepadanya. Dirinya serba salah untuk menolak. Setiap hari dia b'doa supaya dipermudahkan segala urusan. Akhirnya, berkat solat istikharah yg diamalkan, dia tekad untuk menolak tawaran t'sebut wlupun tempoh penerbangan ke luar negara hanya tinggal seminggu sahaja lg. Aku menyokong tindakannya kerana aku risau jika dia meneruskan bidang perubatan tersebut akan menyebabkan tekanan padanya seterusnya m'beri kesan buruk kpd kerjaya, kesejahteraan diri dan keluarga pd masa akan dtg.

Walauapapun, semoga pilihannya kali ini akan menemukan jalan yg dicari selama ini..dan dpt buktikan pada keluarga bhwa dia juga boleh b'jaya dlm bidang yg diminati..

balik kpg..oOoOhH blk kpg..

Dah lama rasanya x update blog ni..terlalu sibuk dgn midterm exam ditambah pula dgn assignment yg menimbun..presentation pun akan bermula slps cuti raya nnti..kalau bleh nk siapkan semuanya cpat2 sbb aku x nak bwk blk keje kt rumah. rumah adalah tmpt khas utk berehat dgn keluarga t'cinta sahaja..=)

Lusa iaitu hari sabtu aku akan pulang ke kampung halaman di Salak, Kuala Kangsar. alangkah rindunya nak blk kpg stelah sebulan x blk.(lama ke? mcmna dgn mereka yg study jauh2 smpi oversea.nk blk malaysia pun ssh..kira aku ni masih b'tuah la..hehe b'sabarlah wahai sahabat2ku d sana..)

Aku dapat m'jangkakan kesibukan aku apabila tiba d rumah nnti. seperti biasa seminggu sblm raya kami sekeluarga akan b'gotong-royong mengemas rumah. m'buat kuih raya juga akan menjadi agenda utama kami 2 mggu sblm raya. alhamdulillah, disebabkan kami rajin buat kuih raya sendiri setiap tahun, jiran2, sanak saudara serta kwn2 aku pun ada yg berminat menempah kuih raya kt kami..secara tak langsung ibuku telah menerajui satu bidang bisnes secara kecil-kecilan. aku la yg m'jadi assistant yg t'baik saat itu..huhu=p

p/s: buat kwn2 & adikku yg pulang 2 hari sblm raya, byk2 la b'sabar ye.. biar dpt cuti dlu bru bleh fikir raya..hehe

Friday, August 28, 2009

JANGAN!!

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka.. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya..
Wassalam

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71)