Thursday, August 20, 2009

~WaNiTa~

"Wanita: kerana dirimu begitu berharga."

Itulah tajuk forum yg aku hadiri beberapa hari lalu. Seakan-akan menyerupai iklan produk kecantikan Loreal, namun aku mendapat banyak manfaat dr forum tersebut yg disampaikan oleh ahli2 panel yg tidak cukup asing lagi iaitu Ustaz Halim Din (pendakwah), Puan Rosmawati Zainal (pengasas rumah Raudhatus Sakinah) dan Bro Saiful Redza Mohamed (kaunselor UIAM).
Byk perkara yg diketengahkan termasuklah martabat wanita, hak2 wanita, tggjwb wanita sbg seorang pelajar, anak, isteri, ibu, dan yg paling penting sbg seorang muslimah. Alangkah bagusnya jika diri ini dpt b'temu dgn tokoh2 wanita penghuni syurga seperti Khadijah binti Khuwailid, Fatimah az-Zahra', Maryam, Asiah dll...jasa dan pengorbanan mereka dlm mengabdikan diri t'hadap agama sgt mengagumkan. Dan merekalah sebaik-baik contoh dan idola bg wanita2 pada hari ini.

Tanpa wanita, kosonglah hidup lelaki. Sebagaimana kosongnya hidup Nabi Adam a.s. walaupun hidup dengan penuh kemewahan syurga. Maka sbb itulah Siti Hawa diciptakan dari tulang rusuk kiri Nabi Adam a.s. sebagai pelengkap hidupnya. Tanpa permaisuri tiadalah seseorang yg bergelar raja. Tanpa isteri tiadalah yg bernama suami dan ayah.

Wanita adalah tamsilan kepada keindahan. Namun wanita juga merupakan tamsilan kepada kerosakan. Kita perlu ingat, kerana wanita lelaki akan mudah masuk syurga. Tetapi kerana wanita juga lelaki lebih mudah dilemparkan ke neraka. Semuanya bergantung kepada tanggungjawab dan agama masing2. Byk juga kisah yg diceritakan oleh para ahli panel ttg anak gadis dan wanita yg byk t'jerumus dgn jenayah dan maksiat skrg ini. Ia sgt menginsafkan diriku. Semoga Allah SWT memelihara imanku dan melindungiku drpd t'golong dlm kalangan mereka.amiin...

Allah s.w.t. telah m'janjikan wanita yg baik kepada lelaki yg baik. Dan begitu juga sebaliknya. Apakah kita tergolong dlm kalangan mereka yg baik itu? fikir2kanlah...

"Wanita hiasan dunia. Seindah hiasan adalah wanita solehah."

Friday, August 14, 2009

ambil kesempatan..

Hari ni dan esok aku bertanggungjawab bersama2 dengan rakan2 yg lain dlm mengendalikan sebuah program "IT Workshop"..pukul 7.30 pagi aku sudah mula bergerak ke tempat program dijalankan bagi memastikan committee yg lain juga sudah bersiap-sedia sebelum program bermula. dan sudah semestinya ianya dijalankan di dalam makmal komputer. dan lebih2 lagi semua pc dilengkapi dengan sambungan internet. so, apa lagi. disebabkan beberapa pc di belakang tidak digunakan, aku mengambil peluang yg ada. sambil memantau para peserta dan keadaan sepanjang program, aku melayari internet. sesekali mataku memandang ke hadapan ke arah instructor yg sedang bercakap. sengaja mahu menunjukkan rasa berminat dan teruja dengan apa yg diperkatakan walaupun aku lebih seronok 'berlayar' dan membaca blog kwn2 aku di skrin komputer.huhu (tidak patut betul aku ni...)

Friday, July 31, 2009

wudhu' zahir & batin

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk..
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin. Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air". Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."
"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Untuk munafaat kita bersama, Tolong sampaikan tazkirah ini kepada sahabat2. Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.=)