Tuesday, May 31, 2011

Hiburan dlm konteks Islam

Hiburan merupakan satu fitrah yg disukai oleh semua manusia. Semua orang menginginkan hiburan utk menghiburkan hati mereka. Namun, adakah mereka memanfaatkan sepenuhnya hiburan tersebut utk mendekatkan diri kepada Allah SWT atau menyalahgunakan hiburan tersebut utk perkara2 maksiat?

TAKRIF HIBURAN
Dalam bahasa Arab disebut sebagai al-lahw (اللَّهْوُ) iaitu semua perkara yg melekakan manusia drpd pelbagai gangguan, pemikiran & masalah yg mengganggu tidur mereka. Ia juga tidak mempunyai hakikat yg sabit seperti bermain, berjenaka, bersembang malam, menyanyi dan sebagainya.

HUKUM HIBURAN:
  • Hiburan yg tidak memberi apa2 kesan buruk atau baik. Contohnya berada dlm majlis yg penuh dengan gurauan  dan perkara2 yg tidak berfaedah dan membuang masa. Hukum hiburan sebegini adalah makruh.
  • Hiburan yg memberi kesan buruk. Memberi kesan yg buruk kepada individu dan masyarakat contohnya berhibur sehingga mengabaikan solat, bekerja mencari rezeki dan sebagainya. Hiburan sebegini hukumnya adalah haram.
  • Hiburan yg memberi kebaikan. Hiburan yg memberi kebaikan kepada individu dan masyarakat seperti pertandingan memanah, permainan yg berfaedah, dan apa sahaja hiburan yg diterima baik oleh rasional manusia. Hukum hiburan sebegini adalah harus dan dibenarkan.
 * Dipetik dari buku "Indahnya Hidup Bersyariat" oleh Dato' Ismail Kamus.